Selamat Datang ke MaherPSS.

logo maher

logo SMK Dato` Ahmad Maher

Selamat datang ke laman web MaherPSS. Kami warga MaherPSS mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web ini.

MISI

Menjanakan Pendidikan Berkualiti Untuk Melahirkan Modal Insan Minda Kelas Pertama Berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher Gemilang Dalam Semua Bidang.

 

 

PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Ahmad Maher  adalah satu pengembangan dari perpustakaan sekolah yang lebih meluas penggunaannya dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya. Pusat Sumber adalah tempat yang menyediakan kemudahan yang lebih meluas dengan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan warga Maher berbudaya ilmu, gemar membaca dan kemahiran belajar sepanjang hayat.

RASIONAL

Matlamat utama Pusat Sumber ialah untuk membantu dalam latihan pelajar supaya mereka menjadi lebih berdikari untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.  Dengan ini mereka boleh membuat keputusan yang wajar terhadap bahan-bahan pembelajaran, alat-alat dan kemudahan yang sesuai. Oleh itu guru-guru juga digalakkan menggunakan Pusat Sumber Sekolah bagi tujuan yang sama supaya mereka dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif dan lebih efektif.

OBJEKTIF AM

 

1.            Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.

2.            Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

3.            Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik

4.            Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

5.            Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar–pelajar

6.            Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ AHMAD MAHER DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

1.    Menyediakan tempat utama rujukan ilmu bagi semua warga MAHER.

2.    Memastikan semua  warga MAHER dapat menggunakan Pusat Sumber Sekolah.

3.    Memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan.

4.    Menyediakan suasana dan iklim Pusat Sumber Sekolah yang bersih, cantik, harmoni dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

5.    Memberikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap warga MAHER yang berurusan dengan kami.

6.    Bersedia memberikan penerangan dan makumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada warga MAHER.

7.    Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher diberikan jawapan dalam satu minggu dari tarikh diterima.

8.    Memberikan layanan yang sama kepada semua warga MAHER tanpa mengira kedudukan, kaum, agama dan bangsa.

About maherpss

able to achive five stars
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Selamat Datang ke MaherPSS.

  1. Mr WordPress says:

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

  2. Kara Shadows a.k.a LunaMoonlight95 says:

    Ni budak klas 5 ok ni cikgu. Kalau cikgu buat background page nie biru muda come skit jd.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s