Info MaherPSS

Assalamualaikum w.b.t. , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

logo maher

Selalulah berkunjung ke MaherPSS bagi mengetahui infoPSS yang ditayangkan di T.V. 

Pada 27 April 2013 telah berlangsung Pertandingan Mighty Minds peringkat negeri Kelantan di Bangunan Kota Mutiara. Sekolah kita telah menghantar pasukan Mighty Minds (Menengah Atas dan Menengah Rendah). Pasukan sekolah kita telah memenangi 3 tempat dalam pertandingan tersebut. Pasukan sekolah kita berjaya mendapat tempat Kelima (RM300) – menengah atas, tempat ketiga (RM500) – menengah rendah dan JUARA menengah rendah (RM5000). Tahniah diucapkan kepada semua.`Maher Terus Gemilang’ – Cemerlang dalam Semua Bidang. Pasukan sekolah kita akan bertanding diperingkat kebangsaan pada 24 – 27 Oktober ini di Kuala Lumpur. Kepada peserta Mighty Minds kami mendoakan kejayaan anda diperingkat kebangsaan. 

Mighty Minds 2013 gambar

Info terkini, pada 3-5 September 2013, ini SMKDAM sekali lagi akan membuat catatan dalam Malaysia Book of Records. Maklumat lanjut, akan dipaparkan sedikit masa lagi … TUNGGU!

coral

GOOD LUCK in Your Exams. The very best of luck for you hope things will turn out great and hope you’ll soon have something to really celebrate!

Tahniah SMK Dato` Ahmad Maher membuat Malaysia Book  of Records pada 31 Oktober 2012. Berikut ialah keratan akhbar Harian Metro.

CARA-CARA, CARA-CARA, CARA-CARA

1. untuk melihat markah pelajar.

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN.docx

2. untuk menghantar LMS

BAGAIMANA UNTUK MENGHANTAR RANCANGAN MENGAJAR KE LMS.docx

3. mengisi Rekod Bacaan Murid secara bulanan didalam BTP.Tarantula versi baru

Cara mengisi Rekod Bacaan Bulanan Murid NILAM VERSI TERBARU.docx

INFO DARI MAHERPSS

1. Bilik Karel

Bilik Karel telah siap dan boleh digunakan oleh semua warga Maher. Bilik Karel ini TERHAD penggunaanya kepada 3 orang dan sama jantina sahaja dalam satu-satu masa. Tempahan Bilik Karel boleh dibuat sekarang dikaunter MaherPSS. Berikut sedikit gambar berkenaan Bilik Karel. Terima kasih.

2. Bulan Pusat Sumber Sekolah2011

Bulan Pusat Sumber Sekolah telah dirasmikan dengan jayanya pada 27 Mac 2011. Perasmian telah dibuat oleh Tn Pengetua, Pn Hjh Che Ragayah bt Muhamad di Dewan Raja Abdullah pada jam 740 pagi.  Seramai 52 orang Pengawas PSS telah dilantik pada Majlis Perasmian Bulan PSS tersebut dan menariknya pelantikan tahun ini disertai oleh seorang Pengawas PSS ialah pelajar pertukaran Antarabangsa iaitu adik Kozue Toyama Tingkatan 4 al-Zahrawi dari Jepun.  Pelajar Maher bolehlah bersedia dengan aktiviti yang akan dijalankan. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Pelantikan Pengawas PSS, Program NILAM, Pertandingan Buku Skrap, Kuiz semasa perhimpunan, `Mini Library’ dalam kelas, `story telling’, Pameran dan Jualan Buku, `Drop a Book’ dan hadiah khas Pusat Sumber…… sila klik tajuk dibawah bagi mencetak aktiviti yang akan dijalankan. Terima kasih.

Buku Program bulan pss 2011.pub

Aktiviti sepanjang Bulan Pusat Sumber Sekolah 2011.docx

PAUTAN BAHAN YANG LAIN SUMBANGAN MAHERPSS

Perancangan strategik Pusat Sumber 2011-2013.doc

Bulan bertema 2010.doc

Projek cuti sekolah.doc

Kain Rentang Bulan PSS 2011.pub

Brosur Pusat Sumber MaherPSS.pub

Buku Program Penutup bulan pss 2011.pub

SENARAI LAMAN WEB PENDIDIKAN.docx

3. Bulan Pusat Sumber Sekolah2012

Bulan Pusat Sumber Sekolah telah dirasmikan dengan jayanya pada 22 Mac 2012. Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Pengetua, Pn Hjh Che Ragayah bt Muhamad di Dewan Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Noordin pada jam 740 pagi.  Seramai 52 orang Pengawas PSS telah dilantik pada Majlis Perasmian Bulan PSS tersebut.  Pelajar Maher bolehlah bersedia dengan aktiviti yang akan dijalankan. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Program NILAM, Pertandingan Membina Power Point @ e-book bagi P & P, Kuiz semasa perhimpunan, `Mini Library’ dalam kelas, `story telling’,  `Drop a Book’ dan hadiah khas Pusat Sumber. Sila Klik fail dibawah untuk melihat Buku Program. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s